Friday 19 June 2015

Sup Tulang Kambing



I was supposed to post this article yesterday but since it was the first day of Ramadhan pretty much excited about other things :) So yeah for the first day of Ramadhan I made Lamb Soup. Its pretty much like an oxtail soup but I wanna try using lamb as a substitute :) 

Okay jadi sepatutnya Mekqa post article ni kelmarin tapi disebabkan oleh kelmarin Mekqa rancang buat aktiviti lain jadi kesempatan itu tidak terbekal pulak. Hehe berbelit ayat den. Jadi untuk hari pertama Ramdhan, Mekqa sediakan sajian Sup Tulang Kambing :) 

(Serves : 1 person)

Ingredients:
1 cup of steak of lamb
2 cups of lamb stock.
1 potato (remove the skin and cut in wedges)
1 wedge of lemon (if you don't have lemon you can use lime)
2 cloves of garlic (chopped)
half of bombay onion (sliced)
2 red bird's eye chilli (chopped)
1 tablespoon of cooking oil.

spices:
1 tablespoon white peppercorn
2 cardamom 
1 teaspoon black peppercorn
1 1/2 teaspoon cumin
3 clove flowers
half cube of beef stock (if you don't have beef stock you may substitute with chicken stock)
salt

1. Boil the lamb until it is tender about 1 hour.
2. using a pestle and mortar or a spice grinder, grind white peppercorn, black peppercorn, cardamom, cumin and cloves flower. Set aside.
3. Drain the lamb. Do not throw away the lamb stock. 
4. In a pot, add a tablespoon of oil. Then add in the onion, garlic, spices and the beef cube. Saute until the onion is wilted. 
5. Add in the lamb. Stir. Then add in the lamb stock, potato and chilli. Stir. 
6. When the potato is cooked add in the juice of the lemon and salt to taste. That's it :) 

Goodluck and don't forget to #DapurMekqa on Facebook and Instagram. :) 



Bahan-bahan:
1 cawan daging kambing (yang steak kita selalu makan dkat kedai tu gunalah dalam 1 atau dua keping)
2 cawan stok kambing (dapat bila rebus daging nanti)
1 biji kentang (dipotong dadu)
1 sudu besar perahan limau
2 ulas bawang putih
separuh bawang bombay dihiris nipis
2 batang cili padi merah
1 sudu besar minyak untuk menumis.
separuh cube daging lembu
garam

Rempah ratus:
1 sudu besar biji lada putih
2 buah pelaga
1 sudu teh biji lada hitam
1 1/2 sudu teh jintan putih
3 batang bunga cengkih

1. Rebus daging kambing sehingga empuk sekurang-kurangnya dalam masa 1 jam.
2.Menggunakan lesung batu atau mesin kisar, hancurkan kesemua bahan rempah ratus. Ketepikan.
3. Setelah daging empuk, tapis daging tapi jangan dibuang airnya. Itu adalah stok kambing yang akan digunakan.
4. Dalam satu periuk, tumis bawang bombay, bawang putih, rempah ratus dan cube daging. Tumis sehingga bawang layu.
5.Kemudian, masukkan daging. Gaul sebati. Masukkan stok daging kambing bersama dengan kentang dan lada. Kacau lagi.
6. Apabila kentang sudah empuk, masukkan perahan limau dan garam secukup rasa. Hidangkan :)


Selamat mencuba dan jangan lupa #DapurMekqa di Instagram dan Facebook :)

<3 Thank you <3

No comments:

Post a Comment

Heart Chat Bubble